Pages

Thursday, 13 October 2011

Layan sat..:)


Hmm... hehe. saje je nak layan jiwa ni jap tak salah kan??.. Nak tau satu kisah tak? Ad skali tu, ku ternmpk dia kat kedai setelah sekian lama tak jupe. Tetiba je jantung ni berdegup kencang, tangan terus menjadi sejuk dan sesak nafas..Allah, aku tak tau la knp time tu jadi mcm ni. Gara2  nak elak dari dia nmpk ku pusing satu kedai nak p amik bakul.

  Jeng jeng jeng!! elok2 je ku muncul kat bakul, dia ada depan ku. Kebetulan dia tunduk duk tgk phone dia. Ku jadi serba salah. Nak tegur ke tak. Dia nampak ke tak.. lastly, amik keputusan ku amik bakul n trs buat bayaran kat kaunter. Selasai, naik motor trs balik umah.

  Sampai umah, ku trs terduduk dpn pintu umah.  Ummi tnya knp ku jadi mcm ni. Mcm nmpk hantu. So ku cerita lah kat ummi. tau tak apa respon ummi?? Ummi ketawa punya la kuat. Aduh.. haru tul ngn ummi. Tapi aku pun turut ketawa. Lucu pun ada. Rasa salah pun ada.

  Akhirnya, ku anta la msg mintak maaf kat dia, kot2 dia ada nmpk ku ke tak ku lak tak p tgr dia. Tak baik la mcm tu kan? hmm.. replly, dia ckp dia tak nmpk.. Fuhh!! lega rasanya.. hehe.

  Jgn salah phm. bukn tak mau jupe, tapi segan yg teramatlah sgt. Ye la sbb dh lama tak jupe. Bila teringat kenangn ni, ku tersenyum sorng diri.. Suka2 .. hehe. THE END.

 p/s: Maaf yea awak..kalu terasa. tapi seyes itu tindakan luar kawalan... hehe:)

Hadis

Salam.. apa kaba sume?? hari ni, ku jumpe 2 hadis. Mmg menarik hadis ni dan ku sgt suka akn hadis ni.. ni hadis dia..

" HambaKu telah berlaku tidak adil kepadaKu. Dia meminta kepadaKu, tetapi Aku malu untuk tidak mengabulkan keinginannya. Padahal dia tidak pernah malu bermaksiat kepadaKu "

" Sesungguhnya TuhanMu yang Maha suci lagi Maha Tinggi itu pemalu lagi mulia. Dia (Allah) malu terhadap hamba-hambaNya yang mengangkat tangan berdoa, tiba-tiba tidak diberi olehNya permintaan itu "

hmm.. pas korang baca hadis ni apa lah yg korng pk ek?? cuba tnya pada diri sendiri..
Allah pun punya rasa malu, apatah lagi kita ni hambaNya yg sepatutnya mempunyai rasa malu yang tinggi. Dlm doa, mcm2 kita mintak pada Allah. Nak tu, nak ni, nak tu, nak ni... makin bnyk n bnyk yg kita mintak dari Allah. Tapi sedar tak kita semua, apa sebenarnya yg Allah mintak pada hamba-hambaNya?? Apa yg telah kita lakukan kepada Allah?? Rasanya korang semua boleh pk jwpn itu sendiri. Tepuk dada tanyalah IMAN..:)

Sesungguhnya Allah tu Maha Penyayang dan Maha Pengasih. Rahmat Allah tersangatlah luas meliputi semua hamba-hambaNya tanpa mengira agama. bangsa, warna kulit dan lain-lain lagi.
Adilkan Allah? so janganlah kita selalu mengeluh dalam perjalanan seharian kita yg pnh dengan pelbagai onak dan duri. Jgn lari!! tapi berjalanlah dgn pnh taqwa..:)

p/s: apa yg ditulis diatas ni, utk diri sendiri gak..:) Moga di berkati Allah selalu.. Amin.



Wednesday, 12 October 2011

Cinta Tanpa Noda

Tak mampu kudustai rasa ini,
Cukuplah dengan pertautan hati,
Belum masanya berhubung saban hari, 
Walau hati menjerit namamu setiap hari,
Awasi hati dan anggota, takutkan ILAHI.
Aduh!!
Beratnya menggalas perasaan cinta,
Tatkala pacaran menjadi budaya,
Mujurlah wahyu menunjuk cara,
Jangan diikuti sebahagian besar manusia.

Cintaku bukan cinta murahan,
Jati diri benteng pertahanan,
Cabaran komunikasi ku tundukkan,
Mengawal hati formula kekuatan.

Aku berazam pada diri,
Kuingin mahligai kasihku berdiri,
Tanpa kenangan cinta yang dicemari,
Tanpa noda kemungkaran ILAHI.

Ku ingin hadiahkan cinta suci,
Buat insan yang kunikahi,
Dengan Allah sebagai juri,
Bukan nilaian nafsu sendiri.

to: kunci hati..('',)

Tuesday, 11 October 2011

Quit..

Salam. Rasa nak quit je dari kerja ni.. huhu. Setiap hari selasa mst jadi mcm ni.. " Ya Allah berikanlah ku sedikit kekuatan utk bertahan" Amin... itu doaku setiap hari sebelum aku mula berkerja. Bukan aku tak suka akan depa, tapi perangai depa terlalu menguji kesabaranku..

  Tadi, selesai, depa balik.. aku duduk sat. Sambil mendengar lagu, airmataku akhirnya tumpah gak. Tak tertahan rasanya tadi... tapi selepas beberapa ketika , Alhamdulillah aku berasa lega...:)

  Terpk, myb apa yg sedang berlaku ni, ada hikmah dia. Myb ni didikn dr Allah utk ku mendidik anak-anak ku kelak. Hmm... bdk2 biasalah depa nak membesar so mcm2 la perangai yg ada. Tak mustahil anak-anakku jugk akan ada perangai mcm depa gak??

  Jadi.. apa yg perlu ku lakukan tetap bersabar n tetap berfikir how nak didik depa dgn cara yang hikmah.. Moga2 ku mendapat jawapn itu kelak..:)


Monday, 10 October 2011

Doaku...

Doa umpama cahaya terindah
Memujuk jiwa yang sedang gundah
Doa senjata setiap Mukmin
Bermula "Bismillah" disudahi "Amin"

Doa anugerah dari Yang Esa
Tanda kasih seluas angkasa
Dengan doa teguhlah harapan
Hati mekar bersama impian

Muslim sejati selalu berdoa
Kala gembira mahupun duka
Doa disebut setiap ketika
Menghalang bisikan syaitan celaka

Kala berdoa beradab sopan
Berakhlak santun menghadap Tuhan
Dalam doa ada harapan
Dalam harapan pahala berganda

Allah tidak nampak di mata
Tetapi bergetar didalam jiwa
Bergantung hidup pada manusia
Esok lusa dia akan lupa

Bergantung harap pada Ilahi
Hidup pasti lebih diberkati
Selepas solat panjatkan doa
Zikir dan tasbih peneman utama

Dengan mengingati Yang Maha Pemurah
Hati bersih tiada gelisah
Tika berjaya usahlah leka
Bimbang ditarik nikmat yang ada

Betapa besar rezeki digapai
Selalu bersyukur tak pernah lalai
Sebagai insan dikurniakan akal
Selepas berdoa jalinkan tawakal

Dengan tawakal kita berserah
Jika gagal bukanlah musibah
Gagal hanya satu pengajaran
Baiki diri di masa hadapan

Allah suka orang yang berusaha
Kerja keras ibadah mulia
Gigih dan tekun ciri terpuji
Berteman doa pada Ilahi

Jika hati berpaksi Allah
Ujian melanda bukan masalah
Selagi ada nyawa di badan
Ayuh bangunkan segala wawasan

Tiada bumi tak di timpa hujan
Apa terjadi satu peringatan
Sehingga kita bertemu kembali
Doa dan harapan terus mewangi



P/s: Ku punya hajat yang besar. Ku selalu berdoa agar dimakbulkan dan dipermudakan. Ku yakin suatu hari hajatku akan kesampaian. Kerana Allah Maha Mendengar dan Allah Maha Mengabulkan.  Sabarlah duhai hati...:) Masamu takkn lama lagi...(^^!)