Pages

Monday, 10 October 2011

Doaku...

Doa umpama cahaya terindah
Memujuk jiwa yang sedang gundah
Doa senjata setiap Mukmin
Bermula "Bismillah" disudahi "Amin"

Doa anugerah dari Yang Esa
Tanda kasih seluas angkasa
Dengan doa teguhlah harapan
Hati mekar bersama impian

Muslim sejati selalu berdoa
Kala gembira mahupun duka
Doa disebut setiap ketika
Menghalang bisikan syaitan celaka

Kala berdoa beradab sopan
Berakhlak santun menghadap Tuhan
Dalam doa ada harapan
Dalam harapan pahala berganda

Allah tidak nampak di mata
Tetapi bergetar didalam jiwa
Bergantung hidup pada manusia
Esok lusa dia akan lupa

Bergantung harap pada Ilahi
Hidup pasti lebih diberkati
Selepas solat panjatkan doa
Zikir dan tasbih peneman utama

Dengan mengingati Yang Maha Pemurah
Hati bersih tiada gelisah
Tika berjaya usahlah leka
Bimbang ditarik nikmat yang ada

Betapa besar rezeki digapai
Selalu bersyukur tak pernah lalai
Sebagai insan dikurniakan akal
Selepas berdoa jalinkan tawakal

Dengan tawakal kita berserah
Jika gagal bukanlah musibah
Gagal hanya satu pengajaran
Baiki diri di masa hadapan

Allah suka orang yang berusaha
Kerja keras ibadah mulia
Gigih dan tekun ciri terpuji
Berteman doa pada Ilahi

Jika hati berpaksi Allah
Ujian melanda bukan masalah
Selagi ada nyawa di badan
Ayuh bangunkan segala wawasan

Tiada bumi tak di timpa hujan
Apa terjadi satu peringatan
Sehingga kita bertemu kembali
Doa dan harapan terus mewangi



P/s: Ku punya hajat yang besar. Ku selalu berdoa agar dimakbulkan dan dipermudakan. Ku yakin suatu hari hajatku akan kesampaian. Kerana Allah Maha Mendengar dan Allah Maha Mengabulkan.  Sabarlah duhai hati...:) Masamu takkn lama lagi...(^^!)

5 comments: